Bismillah..

-dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang-

Tuesday, 15 March 2011

Pahala bagi orang yang ditimpa musibah..

Musibah merupakan Surah Al-Baqarah ayat 156-157 : "(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah,mereka berkata "Inna Lillahi Wa Inna Lillahi Rajiun" (sesungguhnya kami milik Allah dan hanya kepada-Nyalah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh ampuan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."

Dalam Sahih Al-Bukhari dari Muslim diriwayatkan dari Urwah, dari Aisyah bahawa ia berkata : Rasulullah bersabda :" Setiap musibah yang menimpa seorang muslim, pasti allah mengampuni (sebahagian) dosanya, meski hanya duri yang menusuk kakinya.''

Setiap musibah ada hikmahnya, Allah juga ada berfirman " Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang  kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

Dalam sahih Al-Bukhari dari Muslim diriwayatkan dari hadith Abu Siad dan Abu Hurairah bahawa keduanya pernah mendengar Rasulullah bersabda : " Setiap musibah yang menimpa mukmin, baik berupa wabak, rasa lelah, penyakit, rasa sedih, sampai kekalutan hati, pasti Allah menjadikan pengampun dosa-dosanya."

Ketahuilah bahawa apabila kita ditimpa musibah, termasuklah kita dalam satu daripada 4 golongan...

  1. Orang yang keluh kesah.
  2. Orang yang sabar.
  3. Orang yng reda.
  4. Orang yang bersyukur.

Wanita Solehah..

Tahukah anda ciri-ciri wanita solehah??
Iaitu ciri-ciri wanita yang diredaai Allah, wanita yang menyejukkan hati memandang, yang boleh menginsafkan dan menundukkan nafsu mereka yang berhati goyah.


Marilah kita sama-sama perhatikan sekelumit kisah ini..


Seorang gadis kecil bertanya kepada Ayahnya "Ayah, Ayah.. ceritakanlah perihal seorang muslimah yang sejati."


Ayahnya menoleh dan melontarkan senyuman manis kepada anak gadisnya, lalu berkata..


''Anakku....seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.''


Sabda Rasulullah S.A.W ''Allah tidak melihat pada tubuh kalian dan tidak pula bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian.''(HR Muslim)


Si Ayah terus menyambung...


'' Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk badan yang mempesonakan, tetapi dilihat sejauh mana dia menutupi bentuk badanya yang mempesonakan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat pada sebanyak manakah kebaikan itu diberinya, tetapi dari keikhlasan ketika dia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari kefasihannya bebicara, tetapi bagaimana dia berbicara dan berhujjah kebenaran.''


Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat : Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)

Si ayah diam sejenak sambil melihat kepada wajah manis puteri kecilnya itu.

"Lantas apa lagi ayah?" Sahut puteri kecil terus ingin tahu.

"Ketahuilah wahai puteriku... Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya. Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan."

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (tidak berzina atau mendekati zina)." (Surah An-Nuur : 31)

"Dan ingatlah anakku...Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul."

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)

Setelah itu si anak kembali bertanya, "Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya ayah?"

Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, "Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita yang solehah kelak. Malah, semua wanita boleh."

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULALLAH

Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)




*semoga ana boleh menjadi wanita solehah...begitu juge sume muslimah kt luar sane...Amin..

suke lagu nim... ^_^

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


*dipetik dari lagu Permata yang dicari...

Monday, 14 March 2011

Bahasa Indah, Bahasa Arab..

Sudahkah anda membaca ayat-ayat cinta??

Ayat-ayat cinta drpd-Nya, Allah s.w.t
Sesungguhnya tiada ayat cinta yang lebih benar daripada ayat-ayatNya..
Bahasanya tiada tandingan...Bahasa Arab..

Bahasa Arab merupakan bahasa Al-Quran..
Bahasa yang telah dipermudahkannya untuk kita memahaminya, membacanya, mangamal dan menghafalnya..

قَالَ تَعَالى: }إِناَّ أَنْزَلْناَهُ قُرْآناً عَرَبِياًّ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُوْنَ{ يوسف: 2

Sesungguhnya, kami menurunkannya(Al-Quran) dalam Bahasa Arab agar kamu mengerti : 2 : Yusuf

Pelajarilah Bahasa Al-Quran,
sesungguhnya bahasa itu bahasa syurga, bahasa ibadat dan bahasa yang indah..
Tiada yang  rugi mempelajarinya, malah menerima ganjaran pahahal bagi mereka yang mempelajarinya...apatah lagi menghafalnya...
Haruslah kita berusaha untuk mendapat keredaanNya..
 Allah suka akan orang-orang yang berusaha untuk mendapatkan keredaanNya.. ^_^